K O N V E N I T A

KONVENSYEN USAHANITA 2017
KLGATEWAY MALL
NO 2, JALAN KERINCHI, GERBANG KERINCHI LESTARI
24 MAC 2017 HINGGA 26 MAC 2017
KONVENSYEN USAHAWAN WANITA - KONVENITA 2017 merupakan julung kalinya diadakan di Mall yang besar, baru dan teramat cantik dan juga platform bagi semua golongan usahawan wanita yang menceburkan diri mereka dalam bidang keusahawanan. Melihatkan kepada trend peningkatan wanita dalam bidang keusahawanan, Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA) telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan usahawan wanita khususnya usahawan yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS) dari seluruh Malaysia. KONVENITA 2017 adalah Konvesyen yang melibatkan Forum & Expo Pameran & Jualan Hebat. Aktiviti dalam Konvensyen ini bertujuan untuk menyuntik semangat dan menyemarakkan lagi keyakinan mereka untuk terus kekal serta cekal dalam bidang keusahawanan melalui perkongsian dua hala antara beberapa ikon2 usahawan, para ekonomi dan juga forum yang bakal menggabungkan beberapa panel yang cenderung kepada pembentukan dan perkembangan industri keusahawanan di Malaysia.
​
Industri kecil dan sederhana (IKS) kini berdepan dengan pelbagai cabaran dan terdapat beberapa faktor yang boleh membantutkan perkembangan industri mikro di kalangan wanita. Antaranya kebolehan menangani persaingan, akses pasaran yang terhad, isu mewujudkan jaringan perniagaan, latihan dan ilmu perniagaan yang kurang.
​
Justeru itu, matlamat KONVENITA 2017 juga adalah menjadi pemudah cara bagi menghapuskan kesemua faktor-faktor yang menjadi 'tembok penghalang' yang perlu ditangani bagi memastikan kelangsungan penglibatan wanita dalam perniagaan. USAHANITA melalui platform KONVENITA ini juga akan lebih proaktif dan ekstensif supaya usahawan wanita akan terus kekal dan berdaya saing dalam dunia keusahawanan.
Selain daripada itu, KONVENITA 2017 juga bakal menjadi platform bagi usahawan wanita yang berjaya dalam perniagaan masing-masing menerima pengiktirafan yang akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat dalam bidang keusahawanan mereka. KONVENITA akan menjadi penghubung usahawan wanita Malaysia untuk melebarkan sayap perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi menerusi jaringan dan alternatif yang bakal disediakan untuk membawa seribu satu perubahan kepada wanita yang bergelar USAHAWAN.
PENGENALAN
PENGHARGAAN DARI STEP
PENGHARGAAN BUAT TERAJU, JPM UNTUK PROGRAM SCALING TRANSFROMASI WOMEN ENTERPRENUERS PROGRAM @ STEPS
Persatuan Usahawan Wanita Bumiputra Malaysia (USAHANITA) sebuah persatuan ulung yang telah berusia 32 tahun dengan merangkumi 34 ribu wanita yang mendaftar sebagai ahli persatuan yang latar belakang dari pelbagai bidang perniagaan iaitu dari usahawan mikro , sederhana dan ke peringkat global . USAHANITA juga adalah kerabat kepada Majlis Perundingan Melayu, MPM
KONVENITA 2017 ini adalah susulan dan kemuncak kepada Program Scaling-Up & Transfromation of Women Enterprenuers Programme @ STEPS yang telah menjelajah 9 negeri di Semenanjung Malaysia pada 2016 yang telah ditaja oleh Teraju, JPM di bawah program Keusahawanan yang dikelolakan oleh NGO-NGO Bumiputera terpilih. Program ini telah dilaksanakan dengan hasil kerjasama strategik di antara USAHANITA dan Akademi Usahawan Mikro (AUM).
Konvensyen seterusnya ini dengan nama KONVENITA 2017 adalah satu usaha yang akan dilakukan dan dilaksanakan berterusan dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan undang-undang, keusahawanan, perundingan, keperibadian dan etika kerja, seterusnya kepimpinan wanita dalam apa sahaja bidang yang diminati dan diceburi.
Jadi sebagai tanda penghargaan, KONVENITA 2017 telah diwujudkan dan dijadikan program dwi-tahunan untuk meneruskan keilmuan yang diperoleh oleh Alumni STEPS secara khususnya dan semua ahli USAHANITA dan Usahawan Wanita secara amnya dan untuk terus melonjakkan diri dalam dunia yang lebih mencabar dan membuka minda ke arah dunia Korporat perniagaan.
PENGANJURAN BERSEMPENA
SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA
Hari Wanita Antarabangsa atau Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah. Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan. Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. Oleh yang demikian, penganjuran Konvensyen Usahanita Malaysia ini juga adalah bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia berada dalam bulan yang sama setiap tahun.